Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

CARA- CARA MEMEGANG JARUM KAIT

KIRI
KANAN
Gambar memegang jarum untuk orang yang kidal Gambar memegang jarum untuk orang yang kanan
Pegangan seperti memegang pisau (kiri)
Pegangan seperti memegang pisau(kanan)
Gambar memegang jarum untuk orang tangan kiri cara pensil Gambar memegang jarum untuk orang tangan kanan cara 	pensil
Pegangan seperti memegang pensil (kiri)
Pegangan seperti memegang pensil(kanan)


CARA- CARA MEMEGANG BENANG KAIT

KIRI
KANAN
Pegang Benang Kiri Gambar 1 Pegang Benang Kanan Gambar 1
Pegang Benang Kiri Gambar 2 Pegang Benang Kanan Gambar 2
Pegang Benang Kiri Gambar 3 Pegang Benang Kanan Gambar 3

Cara memegang benang dan jarum bergantung samaada anda menggunakan tangan kanan atau kidal. Anda boleh mengubah cara memegang jarum dan benang mengikut keselesaan anda. Cara yang ditunjukkan adalah sebagai asas sahaja.


Membuat Rantai

Rantai atau taliair (chain) adalah asas kepada kaitan. Untuk membuat apa-apa bentuk kaitan sekali pun anda perlu tahu membuat rantai.

Sebelum membuat rantai terlebih dahulu gelung perlu dibentuk.gelung adalah asas kepada rantai
Membuat Gelung Membuat Gelung Membuat Gelung

Untuk membuat gelung, pegang benang lebih kurang 3 inci dari hujungnya. buatkan satu gelung dengan menggunakan jari telunjuk anda.Tarik keluar satu gelung dari benang yang bersambung dengan tongkol benang. tarik hingga ketat.

Membentuk rantai dari gelung
Membuat Rantai Membuat Rantai Membuat Rantai Membuat Rantai Membuat Rantai
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 5 Langkah 5

Masukkan hujung jarum anda kedalam gelung tadi dan tarik hingga ketat, jangan terlalu ketat, pastikan jarum anda boleh digerak-gerakkan.tarik benang yang ditegangkan oleh tangan anda melalui gegelung tadi untuk membentuk satu rantai. Anda boleh berlatih membuat rantai ini seberapa banyak yang anda mahu hingga anda mahir memegang jarum dan benang.


Projek Pertama Anda

Setelah mahir membuat rantai kita akan membuat satu projek mudah.
Gambar Projek 1 Gambar Projek 2 Gambar Projek 3

1. Buat 5 Rantai kemudian dan sambungkan rantai terakhir kerantai pertama dan tarik benang yang teregang melaluinya. Berhati-hati agar kedudukan rantai tetap dan tidak berbelit.Tarik dan ketatkan.

2. Masukkan jarum kedalam gelung yang telah terbentuk dan tarik benang yang teregang melaluinya.

3. Tarik lagi benang yang teregang melalui kedua-dua gelung yang ada pada jarum anda. ketatkan. Ulang langkah 1-3 sebanyak 8 kali.